Tuesday, August 24, 2010

Kurma Yahudi

cid:image001.jpg@01C8DB51.04977D90










Product of Israel













Importance: High

Salam
>>>
>>> Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........be
>>> careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!
>>>
>>> Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan
>>> tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan
>>> di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan
>>> luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia
>>> dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai
>>> pekerja-pekerjanya
>>> berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk
>>> tabung
>>> orang-orang Yahudi.
>>>
>>> Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para
>>> Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
>>> ini..kasihanlah
>>> terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam
>>> oleh rejim Yahudi ini.
>>>
>>> Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.
>>> PLEZ FOWARD...
>>>
>>> SURE HEBAT
>>>
>>>
>>>
>>> IMPORTANT NOTICE:

Monday, June 7, 2010

LIMA(5) SYARAT-SYARAT IBADAH DALAM ISLAM

Pengertian Ibadah:



Ibadah bermaksud semua amalan dan tindak tanduk yang syarie, yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas, untuk dipersembahkan kpd ALLAH SWT.



Ibadah kepada ALLAH meliputi semua ibadah asas, ibadah tambahan dan perkara2 harus(mubah), dan hanya akan menjadi ‘berpahala’ jika pelaksanaannya menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.



Syarat2 tersebut dinamakan, ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah Dalam Islam’.



Jika, sekiranya amalan-amalan kita tidak mengikuti syarat-syarat tersebut, maka ia hanya akan menjadi perbuatan yang sia-sia saja menurut pandangan ALLAH. Amalan itu tidak diberi pahala, bahkan adakalanya mendatangkan dosa pula.



Apakah ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah’ tersebut?



1) Niat Mesti Betul

2) Perlaksanaan Mengikut Peraturan Syariat

3) Perkara/Subjek mesti Dibolehkan oleh Syariat.

4) Natijahnya memberi Manfaat

5) Tidak Meninggalkan Ibadah Asas.





Huraian lanjut:-



1) NIAT



Niat penting sebelum melaksanakan sesuatu. Ini juga untuk membedakan antara amal ibadah dengan amalan adat, dan antara niat karena ALLAH dengan niat karena yang lain-lain. Supaya setiap perlakuan menjadi ibadah, ia mesti dengan niat yang betul. Niat kerana menuruti perintah ALLAH SWT.



Sabda Rasulullah SAW, “Hanyasanya amalan-amalan itu sah dengan niat, dan adalah bagi setiap seorang itu menurut apa yang diniatkan".



Dan sabdanya lagi, “Niat orang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya”.







2) PERLAKSANAAN



Perlaksanaan di dalam satu2 hal atau satu2 perkara mesti mengikut peraturan. Lebih2 lagi jika kita ingin melakukan ibadah, kita harus mendalami peraturan itu supaya kita benar2 di atas landasan syariat. Untuk menjayakan usaha manusia, perlaksanaannya mesti mengikut landasan yang Allah Taala telah tetapkan.



Allah memberi peringatan melalui firmanNya, “Dan jika mereka berjuang pada jalan Kami (ikut peraturan Kami) sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami (jalan keselamatan) bahwasanya ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)



Dalam hal ini ulama juga berkata, “Yang hak kalau tidak ada peraturan, akan dikalahkan oleh yang batil yang ada peraturan.”







3. Perkara (Subjek) Mesti Dibolehkan oleh Syariat.



Perkara (subjek) yang hendak dilaksanakan itu mestilah yang dibolehkan oleh syariat, terutamanya perkara yang melibatkan makanan dan minuman.



Misalnya, seorang yang hendak berniaga mencari rezeki untuk keluarga, dengan berniaga barang makanan, yang hasilnya boleh juga menjadi makanan asas dan memberi manfaat kesihatan rohani dan jasmani kepada semua umat Islam.



Sabda Rasulullah SAW, “Tiap2 daging yang tumbuh daripada benda yang haram, maka Neraka adalah yang lebih patut dengannya. (Riwayat Tarmizi).

Dan, “Hati ditempa mengikut makanan dan minuman”.



Rasulullah SAW amat menekankan perkara yang berkaitan dengan makanan kerana hati yang merupakan raja dalam tubuh manusia itu dibina dari makanan. Hati yang dibina dari makanan yang haram akan menjadi degil dan sukar menerima kebenaran.





4. Natijahnya Memberi Bermanfaat



Natijah merupakan hasil usaha seseorang. Hasil itu semestinya baik karena ia merupakan pemberian ALLAH ataupun nikmatNya kepada hamba2Nya.

Hamba2 yang menerima pemberian itu wajib bersyukur kepada ALLAH SWT.



Bagaimanakah seseorang itu menunjukkan tanda bersyukur kepada ALLAH SWT?.



Di antaranya dengan berzakat, melakukan korban, serta membuat amal bakti seperti bersedekah dan sebagainya.



Sehubungan dengan itu, ALLAH berfirman, “Jika kamu bersyukur niscaya akan Aku tambah lagi nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur sesungguhnya siksaan-Ku sangat dahsyat”.



Dengan itu, natijah setiap amalan agar menjadi ibadah ialah dengan membelanjakan keuntungan yang diperoleh atau hasil usaha setiap pelaksanaan untuk jalan ALLAH. Seperti dibelanjakan untuk membantu kaum miskin atau anak-anak yatim.



Jika berupa ilmu yang dicari, maka ilmu itu hendaklah digunakan sesuai dengan yang diredhai ALLAH. Bgitu pula dengan natijah-natijah yang lain. Mestilah digunakan untuk perkara-perkara yang benar-benar sah dan halal sahaja.





5. Tidak Meninggalkan Ibadah Asas.



Dua perkara utama yang menjadi asas ibadah ialah Rukun Iman dan Rukun Islam.



Kedua2nya merupakan tapak atau ‘platform’ untuk menegakkan amalan2 yang lain. Tanpa tapak, macamana nak dirikan binaan?



Di antara dua rukun tersebut, Rukun Iman menjadi ‘platform utama’, dan ianya yang pertama2 ilmu yang wajib diketahui, dan hendaklah dibina, dipupuk, dibaja dengan ‘keyakinan yang qatie’.



Ini selaras tuntutan dalam syariat Islam, iaitu “awal2 ilmu ialah mengenal Allah”.



Manakala, Rukun Islam menjadi perkara asas dalam jenis2 ibadah yang lain. Melaksanakan amalan yang dituntut di dalamnya adalah amalan asas, manakala amalan2 lain (seperti baca Al-Quran, wirid, dll) merupakan pelengkap ibadah.



Di antara 5 rukun Islam itu, solat sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Sabdanya, “Shalat itu adalah tiang agama. Barang siapa telah mendirikannya maka dia telah mendirikan agama. Dan barang siapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama."



Tambah baginda lagi, “Barangsiapa yang meninggalkan shalat dengan sengaja, nyatalah ia telah kafir."



Jadi sangat jelas, bahwa setiap amalan berasas kepada dua(2) perkara ini yang merupakan amalan yang paling wajib. Artinya tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Jika tidak ada rukun Iman dan rukun Islam, maka seluruh amalan lain, tidak ada artinya lagi.





Demikianlah ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah’ dalam Islam. Seandainya amalan-amalan kita tidak mengikuti kelima2 syarat di atas, maka tidak dapat diakui (diiktiraf) sebagai amalan Islam, bahkan dianggap amalan jahiliah. Amalan itu tidak diterima oleh ALLAH Taala.



Bagaimana tindakan kita agar amal kita memenuhi syarat-syarat yang disebutkan itu hingga menjadi ibadah?



Contoh:-



a) Melibatkan diri dalam perniagaan.



· Pertama, berniat kerana ALLAH, iaitu untuk menunaikan perintah ALLAH melaksanakan salah satu fardhu kifayah dalam bidang perniagaan.

Selain untuk membantu anggota masyarakat agar mendapat manfaat dari perniagaan kita, lebih2 lagi untuk membeli serta memenuhi keperluan hidupnya yang pokok.



Kalau perniagaannya berupa makanan, makanannya yang halal mestilah boleh mendorong seseorang Islam itu dapat beribadah dengan khusyuk, dan berperilaku sebagai seorang mukmin yang sejati. Kerana akhlak dan mental seseorang itu terpengaruh oleh zat makanan yang ditanggung halal, di mana fikiran yang baik memudah terima ilmu2 akhirat yang dipelajari.



Rasulullah SAW sendiri begitu mengutamakan perihal makanan karena kalau yang dimakan atau diminum itu kotor mengikut syariat islam, hati orang akan dibentuk sebegitu rupa hingga menjadi keras kepala dan sukar menerima kebenaran. Terkadang orang tersebut langsung menolak kebenaran dan menentangnya pula



Kalau perniagaan kita berbentuk perkhidmatan professional, seperti perubatan, guaman, juruperunding, dsb.nya maka niatnya mestilah untuk berkhidmat kepada anggota masyarakat Islam karena ALLAH.



Sebab, kalau perniagaan kita tidak diwujudkan, umat Islam akan susah karena terpaksa mendapatkan perkhidmatan dari orang yang bukan Islam, yang cenderung kepada tipu muslihat atau ‘ada udang di sebalik batu’.



Demikian sebaliknya, kalau perniagaan kita ‘tidak membantu’ masyarakat Islam mendapatkan keperluan2 asas fizikal dan mentalnya, seperti perniagaan yang membawa kehancuran hidup, maka sukarlah kita nak mengukuhkan niat yang betul. Contoh urusniaga adalah seperti perniagaan berasaskan riba, pusat video, pusat snooker, jual rokok, arak, dsb.nya.



· Kedua, pelaksanaan perniagaan. Iaitu dalam melakukan transaksi urusniaga mesti ada kejujuran, amanah dan bersih dari amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat Islam dan sebagainya.



· Ketiga, subjek yang di’niaga’kan hendaklah terhindar dari hal-hal yang tidak halal atau tidak mengikut syariat Islam, seperti perniagaan menjual arak, rokok dan sebagainya.



· Keempat, natijah (hasil) dari perniagaan itu hendaklah ditunaikan haknya. Iaitu kalau beroleh keuntungan, kita hendaklah melakukan zakat, soal-soal pengorbanan serta turut membantu perjuangan menegakkan agama ALLAH serta membantu kaum yang miskin dan lemah.



· Kelima, dalam melakukan aktiviti perniagaan, kita tidak boleh meninggalkan ibadah asas, iaitu shalat, puasa dan sebagainya. Karena kesibukan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan yang wajib.





b) Mencari ilmu dan belajar.



· Pertama, niat karena menunaikan perintah ALLAH. Bukan untuk mendapatkan jabatan dan pangkat yang tinggi supaya kita disanjung dan dimuliakan?.



· Kedua, dalam pelaksanaan menuntut ilmu itu, tidak terdapat pergaulan bebas antara lelaki perempuan yang bukan muhrim, menutup aurat, dsb.nya.



· Ketiga, perkara yang pelajari itu sesuai dengan syariat Islam dan halal. Misalnya belajar ilmu Hukum Islam, Kedokteran, Perundangan Islam, Ilmu alam, ilmu hitung dan sebagainya?.



Yang mesti kita ingat, ilmu yang bertentangan dengan syariat contohnya adalah belajar ilmu mencuri, sihir (black magic), tari menari, bermain musik dan sebagainya.



· Keempat, natijah daripada ilmu telah diperoleh, maka hendaklah dijadikan alat untuk berbakti kepada masyarakat kerana ALLAH.



· Kelima, dalam proses kita menuntut ilmu itu pula kita tidak boleh meninggalkan perkara yang asas seperti shalat, puasa dan sebagainya.





c) Pejuang Agama Allah @ Berdakwah.



Walaupun, pada lahirnya sudah tentulah merupakan satu ibadah. Tetapi sekiranya tidak memenuhi syarat yang diterangkan itu amalannya akan menjadi sia-sia dan berdosa.



Cuba kita perhatikan.



· Pertama, niatnya mestilah benar-benar untuk berjuang membela nasib bangsa dan tanah air serta benar-benar menegakkan agama karena ALLAH.



Perlu diingat, membela nasib bangsa dan membebaskan tanah air dari penjajahan ataupun mempertahankan negara dari kekuasaan orang kafir adalah satu perintah ALLAH. Tetapi bila kita mempunyai niat yang tersendiri, yang merupakan kepentingan pribadi, maka perjuangannya menjadi tidak bermakna.



· Kedua, ketika kita melaksanakan perjuangan itu, kita tidak melakukan kezaliman, menindas serta memfitnah orang lain.



· Ketiga, apa yang kita perjuangkan itu jelas sah atau halalnya seperti berjuang melepaskan bangsa Islam yang dizalimi dan ditindas.



· Keempat, natijah(hasil) perjuangan kita hendaklah betul yaitu setelah berjaya membebaskan bangsa dan negara dari penaklukan musuh atau setelah perjuangan kita berjaya, hendaklah menggunakan kejayaan itu untuk lebih meninggikan syiar lslam dan lebih mengukuhkan syariat Islam.



· Kelima, dalam berjuang itu, perkara-perkara yang wajib tidak kita tinggalkan seperti shalat dan puasa.





d) Bekerja mencari rezeki



· Pertama, niat iaitu untuk menanggung dan membiayai hidup keluarga yang merupakan tuntutan wajib dari ALLAH.

Terkadang ada di antara kita yang berniat untuk mencari kekayaan dan kemewahan hidup agar dipandang mulia dan dihormati masyarakat karena baginya kekayaan itu adalah kemegahan padanya.



· Kedua, pelaksanaan dalam mencari rezeki perlu sekali dipertimbangkan karena banyak di kalangan kita yang salah hingga usaha-usaha yang bertentangan dengan syariat dianggap sebagai sumber rezeki. Mencuri, menjual kehormatan dan perbuatan sejenisnya kadang-kadang dianggap sebagai sumber rezeki yang benar, padahal sebenarnya bertentangan dengan syariat. Kadang-kadang dalam pelaksanaan mencari rezeki kita bergaul antara lelaki perempuan yang bukan muhrim. Demikian itu salah.



· Ketiga, sah atau halalnya usaha-usaha kita dalam mencari rezeki dapat ditinjau dari jenis kerja yang kita lakukan misalnya bercocok tanam, menangkap ikan, berternak, bekerja di pabrik-pabrik yang hasilnya tidak bertentangan dengan syariat seperti pabrik roti, susu dan sebagainya dan bukannya pabrik-pabrik yang menghasilkan arak. Sumber kewangan tempat bekerja itu juga tidak bergantung sepenuhnya dengan hasil riba dan sebagainya.



· Keempat, natijah (hasil) mencari rezeki itu pun hendaklah dengan tujuan memberi makan, pakaian dan perlindungan kepada keluarga dan diri sendiri, bukannya untuk berjudi, bersenang-senang dengan berbagai bentuk hiburan atau meminum arak dan lain-lain yang sejenis.



· Kelima, sewaktu mencari rezeki, jangan kita melalaikan perkara yang asas seperti shalat dan puasa atau lalai dalam mencari ilmu fardhu ain.





e) Bermesyuarat



Coba kita perhatikan satu lagi contoh yang mudah, iaitu suatu pekerjaan yang mubah tetapi caranya salah hingga tidak lagi menjadi satu ibadah, yaitu bermusyawarah atau syura.



Sebenarnya musyawarah memang menjadi tuntutan dalam Islam sebagaimana yang diterangkan oleh ALLAH, ertinya: “Dalam urusan mereka (yaitu umat Islam) maka bermusyawarahlah sesama mereka." (As Syura: 38)

Agar amalan bermusyawarah atau syura itu menjadi ibadah, mestilah memenuhi syarat ibadah.



· Pertama, niat mengadakan musyawarah itu mesti betul yaitu untuk menjalankan perintah ALLAH.



· Kedua, melaksanakan musyawarah itu dengan betul misalnya tidak ada kaum perempuan yang membuka aurat di dalam perundingan.



· Ketiga, agenda perbincangan nyata halal atau sahnya di sisi syariat seperti membicarakan masalah nahyun anil mungkar atau tentang keselamatan umat dan negara, dan bukannya membicarakan bagaimana hendak membangun pabrik arak, tempat-tempat perjudian atau masalah bagaimana pelacuran boleh dihalalkan atau membahas untuk mengadakan majelis tari menari dan majelis hiburan dan seterusnya.



· Keempat, natijah musyawarah itu mesti betul yaitu setelah keputusan diperoleh, akan dilaksanakan dengan baik.



· Kelima, ketika menjalankan musyawarah jangan ada yang lalai menunaikan shalat atau tidak berpuasa.





Demikianlah lima syarat ibadah bagi setiap amal dan perbuatan. Kalau setiap perbuatan kita, diselaraskan dengan syarat-syarat itu maka amal-amal kita dari wajib yang paling besar hingga mubah yang paling kecil, akan menjadi ibadah kepada ALLAH dan kita akan diberi ganjaran pahala dariNya.

Saturday, May 1, 2010

Melayu dengan krisis nilai

Saya selalu mendengar ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai-nilai indah manusia Melayu.



Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.



Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh.



Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sedikit demi sedikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.



Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah.



Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian, manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.



Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong-royong untuk sanak saudara dan jiran sekampung – kini semuanya dijalankan oleh kontraktor.



Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah diukur dengan nilai wang ringgit.



Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.



Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sedikit demi sedikit.



Ia adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970.



Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampung berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar.



Dari suasana kampung yang aman permai, manusia Melayu telah dilambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk-piruk dan penuh dengan persaiangan.



Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain.



Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah di sini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu.



Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.



Ekonomi wang ringgit yang diperkenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru.



Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombang pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurung suasana kampung yang aman permai.



Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ia juga melahirkan kekacauan jati diri.



Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi, maka apa yang kita baca dari

akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini.



Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.



Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok.



Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap

sebagai susuk yang gagal.



Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling.



Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampung yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.



Hasil pertembungan ini, sedikit demi sedikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampung lupus.



Kuasa ringgit dan dinar cukup ampuh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing.



Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.



Selama lebih dua puluh tahun ini, proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organisation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka.



Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama.



Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.



Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas.



Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.



Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab.



Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global.



Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.



Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu.



Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang

dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.



Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada tahun 2010 ini sedang diuji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran.



Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar? Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil?



Kajian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang kedua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi.



Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan

menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.



Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka.



Atau mereka memilih untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.



Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa.



Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri.



Di akhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini.



Bercakap benar di dalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi.

Najib Akan Bermanis Muka Dengan Pembunuh Nombor 1 Umat Islam?

Sabtu, 10 April 2010 15:13

Najib jumpa Obama di Sidang Kemuncak Nuklear



KUALA LUMPUR 9 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja ke Washington DC dan New York, Amerika Syarikat pada 10 hingga 16 April ini. Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear yang diadakan pada 12-13 April di ibu negara Amerika atas jemputan Presiden Barack Obama. Semasa di Washington DC, Najib dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama di luar sidang kemuncak bagi membincangkan isu-isu hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa. "Penyertaan Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear akan memberikan peluang kepada Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan dengan negara-negara lain termasuk Amerika mengenai isu-isu keselamatan serta menjadi satu platform untuk Malaysia mengemukakan pendiriannya mengenai isu nuklear,” menurut kenyataan itu. Najib akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Rastam Mohd Isa. - Bernama



Sumber : Utusan Malaysia , 09/04/2010



Najib Akan Bermanis Muka Dengan Pembunuh Nombor 1 Umat Islam? Mengapa Kehinaan Yang Beliau Pilih?



Apa agaknya tajuk perbincangan dan perbualan apabila Najib bertemu dengan Obama kelak? Apalah agaknya kata-kata manis dan pujian yang akan keluar dari mulut PM nanti dalam pertemuan tersebut? Secara kebiasaannya, masing-masing pemimpin akan saling puji memuji antara mereka apabila bertemu walaupun seluruh dunia Islam mengetahui dan mengakui kejahatan Amerika melalui tangan kotor Presidennya, Barack Obama. Secara umumnya para pemimpin umat Islam pada hari ini akan melutut dan tunduk kepada pemimpin kufur walaupun hakikatnya mata, telinga, hidung dan hati mereka menyaksikan, mendengar, menghidu dan dapat merasakan segala bentuk kejahatan yang telah dan yang sedang dilakukan oleh kuffar Barat terutamanya Amerika ke atas Islam dan umat Islam.



Wahai Najib! Sejarah telah menukilkan kepada kita keberanian seorang panglima perang Islam yang bernama Rubi ' i Ibn Amir yang pernah berkata kepada panglima tentera musyrik Parsi bernama Rustam - kami datang ke sini (berperang) untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah". Apakah Najib akan memiliki keberanian seperti Rubi’i Ibn Amir apabila bertemu dengan Obama kelak? Yang pasti, Allah SWT, Rasulnya dan umat Islam akan menyaksikan.



Deklarasi Untuk Mengukuhkan Sekularisme?

# 1 Tahun Berlalu – Asas Slogan 1Malaysia Tetap Sama - Sekularisme

# Amalan Jahiliyyah Lahir Dari Sistem Jahiliyyah

# Buang Bayi Bukti Kegagalan Sistem

# Latihan Menghadapi Pengganas Untuk Siapa?

# Lagi: Dalam Negara



1 Tahun Berlalu – Asas Slogan 1Malaysia Tetap Sama - Sekularisme

Sabtu, 10 April 2010 15:09

'1Malaysia bukan idea dari luar '



Pembangkang sebar fitnah tidak puas hati gagasan diterima rakyat: PM



KUALA LUMPUR : Idea Gagasan 1Malaysia adalah cetusan percambahan fikiran Datuk Seri Najib Razak bersama pelbagai kumpulan ke arah mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.



Perdana Menteri berkata, dakwaan kononnya slogan 1Malaysia datangnya dari negara luar, termasuk Israel adalah fitnah pembangkang semata-mata, sebaliknya beliau berbincang dengan beberapa rakan selepas menyedari kepentingan usaha baru ke arah penyatuan rakyat. Saya bincang dengan beberapa teman sebab amat penting kita membuat usaha baru ke arah perpaduan nasional... sebagai penyatuan. Jadi, saya selalu menjemput pelbagai kumpulan mengadakan percambahan fikiran dan apabila saya menggariskan perkara ini, bila kita lakukan percambahan fikiran, timbullah idea Gagasan 1Malaysia ini, katanya dalam wawancara khas yang disiarkan melalui Bernama TV sempena setahun menjadi Perdana Menteri. Dalam program Setahun Di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri, Najib ditemubual oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Editor Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah di pejabatnya di Putrajaya.



Najib juga berkata, dakwaan pembangkang itu bertujuan merosakkan atau mencemar gagasan itu selepas idea berkenaan semakin hebat diterima oleh rakyat.



Mereka (pembangkang) tak berani serang Gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemar dan mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar. Ini satu fitnah tidak benar, tidak berasas sama sekali, katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen baru-baru ini.



Perdana Menteri berkata kemuncak kepada penghayatan Gagasan 1Malaysia ialah apabila ia membawa keuntungan strategik kepada rakyat dan negara.



Beliau menjelaskan Gagasan 1Malaysia meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang.



Najib juga berkata, kefahaman rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia makin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka. Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi, saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa , katanya. Mengenai halangan terhadap Gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri berkata, ia lebih di kalangan golongan yang masih memikirkan kepentingan kelompok atau kaum masing-masing tanpa usaha ke arah penyatuan. - Bernama



Sumber : Berita Harian, 05/04/2010



1 Tahun Berlalu – Asas Slogan 1Malaysia Tetap Sama - Sekularisme



Najib nampaknya berpuas hati dengan idea 1Malaysia yang kononnya telah mendapat sokongan pelbagai pihak dan kini dikatakan menjadi gerakan massal. Namun hakikatnya selama 1 tahun Najib mengemudi pemerintahan Malaysia keadaannya masih tetap sama. Sistem yang diterapkan masih lagi sistem sekular Kapitalisme - tidak ada perubahan mendasar. Perlembagaan kufur Lord Reid masih menjadi panduan dan ikutan dalam sistem pentadbiran beliau. Inilah hakikat yang perlu diterima dan tidak dapat dinafikan oleh Najib walaupun mungkin beliau mendakwa sebaliknya. Faktanya, tidak ada istimewanya slogan 1Malaysia atau apa slogan sekalipun jika tidak menjadikan Islam sebagai kayu ukur. Biarpun slogan 1Malaysia itu diilhamkan oleh beliau, kononnya, dan didakwa tidak ada apa-apa campur tangan idea dari luar namun hakikatnya, isi dan kandungan slogan tersebut tetap sama seperti idea-idea yang sebelumnya. Semua idea sebelum ini didasarkan kepada sekularisme - pemikiran yang memisahkan agama dari kehidupan. Sebenarnya, tiada apa yang luar biasa dalam idea 1Malaysia ini kecuali hanya kesinambungan dalam mempertahankan rangkulan sekularisme atas kehidupan masyarakat Malaysia .





Siapakah YAHUDI???



Tuesday, February 10, 2009







KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.



"Wahai Bani Israel ! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)





Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi).



Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah , iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel .



Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode ( Denmark ) dan Judio (Sepanyol).



Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s.



Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan ' an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel .



Isra ' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala ' el ' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.



"Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)



Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu.





Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin.



Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama.



Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini.



Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam ' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.



Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar.



Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan ' an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit.



Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel ( Land of Israel ), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit.



Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub.



Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi).



Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria , Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19.



Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia.



Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub. Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu.



Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya.



Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon . Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman.



Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon , Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil.



Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi.



Pada masa awal Islam , Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju.



Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.



Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak.



Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi.



Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman.



Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan.



Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem .



Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa.



Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.









Insan Di Bawah Cahaya Ilahi



Sunday, February 1, 2009







...Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.



Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.



Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”



Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”



Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”



Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”



Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”



Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.



Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”



Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”



Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”



“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.



Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”



Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”



Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.



Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”



Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”



Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”



“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.



Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.







10 wasiat Imam Hassan Al-Banna



Saturday, August 16, 2008

SEPULUH WASIAT

Bacalah — Renungilah — Kemudian

Terus Beramal

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan

sekalipun.



(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik

ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun

dalam perkara yang tidak berfaedah.



(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab

yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).



(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak

memberi sebarang apa pun jua kebaikan.



(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi

tenteram.



(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh

sungguh dalam setiap perkara.



(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana

percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.



8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan

janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.



(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya

sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan

berkenal-kenalan.



(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah

saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika

saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.





COUPLE ITU HARAM!!!!!!!!!!!!



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak ' join ' , kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya ' mat capub ' (cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ' couple ' ..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber ' couple ' ..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata.. ' ALL OUT ' lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya.. ' gayut ' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber ' couple ' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau ' birthday ' kita sambut sama-sama..Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple ' jiwang-jiwang ' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara ' ..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A ' raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk ' membenarkan ' pendapat kita..Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."Berfikir sejenak..Sebenarnye ber ' couple ' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."******Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta ' aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri ' Brother ' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?""Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..""Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.."Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?""Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra ' , surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.""Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..""Zina hati?" Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ' check ' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.."Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.""Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb.."Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya trdiam lagi."Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ' sejarah ' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.."Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra ' du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.""Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..[SENDING..][MESSAGE SENT]Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.."Terima kasih bang..""Takpe, dah tanggungjawab.."Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.*******Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba . Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta ' lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.."Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.."Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "[SEND][SENDING..][MESSAGE SENT]Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya..

Wednesday, March 24, 2010

Hukum Sebat Dalam Syariat Kejam?

NEGARA bagai dikejutkan dengan berita tiga wanita Islam disebat atas kesalahan melakukan hubungan luar nikah di Penjara Wanita Kajang baru-baru ini. Pasangan lelaki ketiga-tiga wanita terbabit turut disebat di penjara sama. Bagi saya, ia adalah khabar gembira bagi segenap masyarakat Islam yang ingin melihat undang-undang Islam dilaksanakan.

Ia menggambarkan inisiatif kerajaan yang bukan hanya mahu undang-undang sebatan Islam ini hanya tinggal sebagai tulisan malah dipraktikkan. Namun, seperti dijangka muncul beberapa golongan yang menentang keras pelaksanaan sebatan ini atas pelbagai alasan. Mereka mengeluarkan dalil, hujah, fatwa dan pelbagai tanggapan serong terhadap pelaksanaan sebatan syariah ini.

Saya merujuk kepada kenyataan akhbar beberapa pihak seperti Sisters-in-Islam (SIS), Awam, Majlis Peguam dan beberapa pihak lain yang mempertikaikan pelaksanaan sebatan syariah ke atas tiga pesalah syariah wanita baru-baru ini. Saya hairan kenapa masih ada golongan yang tidak memahami dwisistem perundangan diamalkan di negara kita.

Malah, bantahan ini menggambarkan seolah-olah apa saja yang dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan agama Islam, ada saja yang tidak kena. Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza daripada sebatan sivil. Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.

Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang melakukan kesilapan. Sudah banyak rencana, makalah dan kajian dibuat mengenai pelaksanaan hukuman sebat dalam Islam ini diadakan. Malah pelbagai bengkel, seminar dan forum juga digarap ke arah memberi pemahaman mengenai hukuman ini.

Tidak ketinggalan juga beberapa demonstrasi sebatan syariah dibuat, namun inisiatif ini langsung tidak diambil kira oleh golongan yang menentang sebatan syariah ini secara membuta tuli. Terbaru demonstrasi yang ditunjukkan oleh pegawai penjara yang disiarkan di dalam televisyen serta temu bual dengan pesalah syariah wanita yang disebat itu, menzahirkan tentangan golongan ini langsung tidak berasas dan bersumberkan kepada anggapan semata-mata.

Dalam perjuangan SIS mendapatkan hak sama rata, kenapa pula wanita tidak boleh disebat secara syariah sama seperti lelaki? Logiknya, jika semuanya ingin disamaratakan, hukuman pun hendaklah disamaratakan dan tidak mendiskriminasi golongan lelaki. Adakah kesamarataan yang diperjuangkan oleh SIS ini ialah sama rata sekiranya memberi manfaat kepada wanita saja?

Menggambarkan sebatan syariah sebagai zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan tidak mempunyai asas perundangan dan hukum syarak. Malah saya percaya pegawai SIS sendiri tidak pernah menyaksikan pelaksanaan sebatan syariah yang dilabelkan sebagai kejam dan zalim itu.

Pada masa sama, saya bersetuju sebatan sivil itu adalah kejam dan perlu dihapuskan. Sebatan sivil itu juga tidak Islamik. Pandangan yang sama ini juga dikeluarkan Persatuan Ulama Malaysia yang mana saya mempersetujuinya.

Sebatan yang mencederakan dan mengerikan itulah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia. Namun sebatan syariah mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan berakar umbi daripada sumber hukum Islam yang utama seperti al-Quran dan al-Sunnah. Mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat al-Quran dan Rasul Allah SAW.

Sebatan yang melanggar hak asasi manusia ialah sebatan sivil bukan sebatan syariah. Malah Resolusi Majlis Peguam yang diluluskan beberapa tahun lalu juga memberi penekanan aspek kekejaman sebatan sivil.

Sebatan syariah tidaklah sekejam yang digambarkan itu. Saya percaya ahli-ahli beragama Islam di dalam Majlis Peguam tidak bersetuju sebatan syariah dihapuskan kerana ia adalah sebahagian ajaran Islam, dengan Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan mengadakan hukuman bagi sebarang kesalahan melanggar perintah agama.

Malah ada juga ahli-ahli Majlis Peguam yang tidak bersetuju dan mengasingkan diri daripada kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Mereka ini termasuklah ahli yang beragama Islam dan tidak beragama Islam.

Sebenarnya Kanun Acara Jenayah yang menghalang wanita disebat yang dirujuk oleh Ragunath tidak terpakai di mahkamah syariah. Undang-undang yang terpakai di mahkamah syariah bagi pelaksanaan sebatan syariah ialah Akta Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian Presiden Majlis Peguam itu perlulah merujuk kepada akta terbabit terlebih dulu (yang juga diluluskan oleh Parlimen) sebelum membuat sebarang ulasan.

Janganlah menjadi bahan ketawa pula apabila merujuk kepada undang-undang yang tidak mempunyai kuat kuasa di mahkamah syariah. Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai dua sistem perundangan dan kedua-dua sistem ini haruslah melengkapi antara satu sama lain serta menghormati pihak yang satu lagi.

Tidak ada sesiapa boleh mempertikaikan Malaysia adalah sebuah negara berdaulat. Adalah menjadi peraturan asas bahawa rujukan kepada konvensyen antarabangsa bukanlah nas yang sahih di sudut perundangan negara selagi ia tidak dijadikan undang-undang.

Tidak timbul isu pelaksanaan hukuman sebatan syariah ini dibuat secara senyap-senyap. Jika kita lihat sebatan yang dilakukan oleh mahkamah sivil juga tidak diuar-uarkan kepada umum. Kenapa ini tidak dihebohkan? Adakah menjadi satu syarat sebatan itu perlu diumumkan terlebih dulu sebelum dilaksanakan?

Jika diumumkan maka berulanglah cerita Kartika Sari Dewi Shukarnor yang sehingga kini masih belum disebat lagi kerana mendapat bantahan golongan ini. Merekalah sebenarnya antara penyebab sebatan syariah ke atas Kartika tidak dapat dilaksanakan. Namun langsung tidak terdengar suara SIS apabila seorang lelaki disebat di Penjara Penor beberapa bulan lalu kerana kesalahan meminum arak.

Di manakah SIS dan Majlis Peguam menyorok diri. Adakah ‘kekejaman’ boleh dilakukan ke atas lelaki saja? Walaupun pada dasarnya hukuman sebat lebih utama dilakukan di khalayak awam, buat permulaan ini memadai dilakukan di dalam penjara disaksikan oleh sebahagian orang beriman. Apabila semua aspek sudah bersedia, maka bolehlah sebatan syariah dibuat di khalayak awam dan jumlah sebatan juga ditambah sejajar dengan undang-undang Islam.

Saya juga menyeru mana-mana hukuman sebatan syariah yang masih lagi belum dilaksanakan sebatan syariah di seluruh negara termasuklah kes Kartika, dilaksanakan dengan segera agar keadilan kepada pesalah syariah itu sendiri dapat dilakukan.

Janganlah ada lagi yang bercakap bagi pihak Kartika yang menentang pelaksanaan sebatan ini kerana Kartika sendiri memilih untuk disebat sebagai penebus kepada dosa yang dilakukannya itu. Sepatutnya apa yang perlu kita lakukan ialah berdoa agar Allah memberi hidayah kepada Kartika dan mengampunkannya bukan terkinja-kinja ke sana ke mari membantah pelaksanaan hukuman sebatan itu.

Saya menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat.

Wednesday, November 4, 2009

Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.



Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.



Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan ‘Abd Rahman bin al-‘Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).



Tindakan Khalifah ‘Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).



Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.


- gambar hiasan



Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”. Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.



Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.



Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.



Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan ‘disembah hormat’ oleh rakyat.

Ada pula berkata: “Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?”. Berbagai lagi sungutan yang lain.


- gambar hiasan

Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita. Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: “Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu”.

Islam: Antara Nas Dan Pendapat Tokoh

Memberi pendapat yang berbeza dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah satu kesalahan bagi seorang muslim. Namun memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama atau ulama tertentu, bukan semestinya satu kesalahan. Selagi mana pendapat atau pandangan seseorang tokoh agama itu sekadar pandangannya, maka orang lain boleh berbeza dengannya.



Jika pun dia mengemukakan nas atau dalil tertentu, tapi dalil atau nas tersebut masih boleh diberikan berbagai tafsiran yang lain, apatah lagi jika di sana ada pandangan ilmuwan lain yang berpaksikan penghujahan yang kuat, maka pandangan seorang tokoh agama bukan semestinya diterima sebagai ‘itulah kehendak Islam’.

Hal ini penting untuk difahami oleh orang awam, agar mereka dapat membezakan antara pandangan tokoh agama dan agama itu sendiri. Agama berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Mana-mana pihak yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah maka itulah Islam. Namun di sana bukan sedikit juga nas-nas agama samada al-Quran atau al-Sunnah yang boleh diberikan atau terdedah kepada lebih daripada satu tafsiran atau andaian.

Mungkin juga apa yang dikatakan oleh tokoh agama sebagai pandangan agama itu, hanya satu tafsirannya sahaja, bukan nas yang jelas. Dalam perkara hukum atau selainnya yang tiada nas yang jelas, pastinya di sana akan ada lebih daripada satu pendapat, bahkan mungkin puluhan pendapat yang berbeza di kalangan sarjana. Maka, orang awam boleh memilih pendapat yang diyakininya lebih mendekati maksud nas dengan kadar yang difahaminya.



Maka sebab itu, setiap individu muslim yang mampu berfikir membaca dan meneliti, apatah lagi pada zaman teknologi ini hendaklah ketika bertanya pendapat tokoh ilmu agar meminta alasan bagi pendapat mereka. Campakkan ke dinding sikap sesetengah pihak yang cuba menjadikan agama ini eksklusif untuk diri mereka sahaja dengan membuat arahan yang ‘memandir’ otak umat Islam dengan menyatakan ‘dengar dan taat sahaja apa yang saya beritahu, sebab saya tokoh agama, awak orang biasa’. Rangkapan jahiliah yang seperti ini bukan budaya ilmu dalam Islam.



Makruh Gosok Gigi

Di bulan Ramadan ini mungkin kita terdengar pandangan ustaz yang menyatakan makruh menggosok gigi atau berkumur semasa atau selepas tergelincir matahari ketika berpuasa. Jika kita tanya mereka: ‘apakah nas dalam masalah ini?’. Sebahagian mereka mungkin menjawab: ‘dah ulama cakap macam tu, atau kitab cakap macam itu, terima sahajalah’. Ini tentulah satu jawapan yang boleh dianggap ‘pandir’ dan dangkal sekali.


- Gambar Hiasan

Islam bukan agama taklid buta, menelan apa yang orang cakap tanpa perlu tahu dalilnya. Mungkin yang lebih berpengetahuan akan menjawab: “ada hadis Nabi s.a.w menyebut:

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, memang ada tokoh-tokoh ilmuwan silam pun yang memberikan pendapat sebegini. Tetapi hadis ini jika kita lihat tidak pula menyatakan seseorang yang berpuasa tidak dibenarkan atau digalakkan menggosok gigi. Pendapat yang memakruhkan menggosok gigi –samada menggunakan ubat gigi atau tidak- hanyalah andaian atau kesimpulan yang dibuat daripada hadis ini, bukan ada nas sahih yang jelas melarang hal ini.



Hadis ini tidak pula menyatakan bahawa Allah suka supaya bau busuk itu dikekal sepanjang hari. Ada pun hadis-hadis lain yang seakan menggalakkan orang yang berpuasa mengekalkan bau kerana kering mulut orang berpuasa itu cahaya pada Hari Kiamat adalah daif atau lemah sanadnya. Ini boleh dilihat dalam ulasan al-Imam al-Mubarakfuri (meninggal 1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi mengenai bersugi bagi orang berpuasa.

Dalam konteks kehidupan harian, apakah patut kita membiarkan mulut kita sentiasa busuk sepanjang Bulan Ramadan sehingga mengganggu rakan sepejabat atau sekerja yang mungkin di kalangan mereka ada yang tidak faham Islam dan akan mentohmah agama ini?! Pada saya, andaian yang memakruh bersugi atau membersihkan mulut ketika berpuasa tidak boleh mengatasi galakan bersugi yang Nabi s.a.w sabda:

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini tidak mengecualikan Bulan Ramadan, dan tentu sekali antara waktu solat itu adalah solat Zohor dan Asar ketika berpuasa.



Tidak Lojik

Nabi s.a.w dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat:

“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim).


- Gambar Hiasan

Inilah ciri-ciri imam. Jika semua mereka masih sama, maka bererti kesemuanya yang sama itu layak. Namun sesetengah ulama seperti al-Imam Hasan bin ‘Ammar al-Syurunbulali (meninggal 1069H) menyebut dalam kitabnya Maraqiy al-Falah menambah ciri-ciri lain yang tidak disebut oleh hadis, antaranya; “yang paling cantik isterinya, yang paling banyak hartanya, yang paling besar kepalanya, juga yang paling kecil kemaluannya.” (lihat: ms 143).



Pada andaian mereka, ini membantu kusyuk. Orang yang isterinya cantik kurang ingat wanita lain, maka lebih khusyuk. Demikian yang kemaluannya kecil kurang syahwat maka lebih khusyuk. Persoalannya, adakah andaian ini benar?! Atau mungkin sebaliknya berlaku. Kemudian, siapa pula yang hendak menjadi hakim kecantikan isteri para imam ini?! Lebih daripada itu, bagaimana pula hendak mengukur kemaluan mereka?!. Andaian atau tambahan yang dibuat ini, walaupun oleh seorang ulama yang terkenal tidak dapat kita terima. Ia bukan nas al-Quran atau hadis yang terpaksa kita telan bulat-bulat.



Demikian dalam sesetengah kitab fekah Mazhab al-Syafi’i menyebut tentang bab mandi wajib dengan membuat berbagai-bagai andaian yang pelik seperti

“jika zakar terbelah dua, dimasukkan satunya ke dalam kemaluan isteri pertama, dan yang satu lagi ke dalam isteri kedua, maka wajib mandi ke atas suami, tidak wajib ke atas kedua isterinya. Jika dimasukkan satunya ke dalam kemaluan seorang isteri, sementara satu lagi ke dalam dubur isteri berkenaan, maka wajib mandi keduanya (lihat: Hawasyi al-Syarwani, 1/260).

Dalam Hasyiah al-Bajuri ditambah jika seseorang masuk (keseluruhan tubuh) ke dalam faraj perempuan, maka keduanya wajib mandi..”. Cuba bayangkan, andaian dan huraian yang sebegini agak ganjil. Mungkinkah hal-hal seperti ini berlaku? Atau, kita katakan, di samping kita menghormati sumbangan dan ketokohan ulama-ulama ini, namun perbahasan atau andaian sebegini melebihi batasan keperluan. Saya sebut hal ini kerana saya terdengar ada tokoh agama keluar dalam media menyatakan apa sahaja yang telah ulama dahulu tulis kita terima sahaja. Katanya, ‘tidak perlulah kita ‘memandai-mandai’ untuk memberikan pendapat yang berbeza dengan orang yang lebih alim daripada kita’.

Taklid yang seperti inilah yang menyebabkan ilmu umat Islam tidak berkembang. Pandangan tokoh akhirnya dianggap setaraf dengan nas al-Quran dan Sunnah. Bahkan lebih daripada itu, apabila mereka memberi pandangan yang agak ‘berlebihan’ tetap dipaksa umat menelannya. Kita menghormati tokoh, namun pendapat mereka bukan wahyu yang tidak boleh dikritik atau dibincangkan.



Biasanya, golongan agama yang cuba mengujudkan mentaliti ‘ustaz atau tok guru tak boleh dipersoalkan’ hanyalah untuk menjaga status keselesaan mereka. Kita memberikan pandangan yang berbeza dengan tokoh-tokoh agama tertentu, bukan bererti kita disuruh biadap atau tidak menghormati mereka.

Memberikan pandangan dan mempersoalkan sesuatu kenyataan dengan sopan dan bertujuan mencari kebenaran adalah keperluan dunia ilmu dan sesuatu yang dituntut dalam agama. Hal ini penting untuk difahami. Bukan semua pendapat tokoh agama itu mewakili kehendak Allah dan rasulNya.

Sebagai muslim, kita berhak bertanya dan mencari yang lebih tepat sesuai dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita. Kita hormati tokoh, tapi dalam masa yang sama kita tidak akan menggadaikan kebenaran. Kita patut bezakan antara nas Allah dan rasulNya, dengan pandangan tokoh yang mungkin betul, mungkin salah, mungkin patut disemak semula, mungkin juga melepasi batasan keperluan dan kemunasabah untuk umat.



Disebabkan tidak memahami hal inilah, umat Islam pening kepala dengan pandangan tokoh-tokoh agama hari ini yang bermacam-macam. Jika ulama itu berniaga, mungkin dipengaruhi urusan bisnes, yang politik mungkin dipengaruhi urusan politiknya. Begitulah seterusnya. Jalan keluar, kita menyemak alasan dan hujah setiap mereka dan bertanya: adakah ini daripada Allah dan rasulNya, atau tuan ‘rasa-rasa’ sahaja?!.